Kelas Website dan Ms Office (Kemaskini Maklumat Pelajar Kemas)
6 Jun 2017 | Aktiviti TerkiniPada 5 June 2017, pihak pengurusan Pusat Internet 1 Malaysia Kg Surau telah mengadakan kelas Website yang merangkumi pengemaskinian maklumat pelajar kepada guru-guru KEMAS serta penggunaan MS Office dalam mengadaptasikan kerja mereka. Kelas yang diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Kg Surau ini telah disertai oleh 5 orang peserta yang merupakan penduduk komuniti yang staff KEMAS dan kelas tersebut berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 3.00 petang – 5.00 petang..
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada para peserta mengenai cara-cara untuk menggunakan Website kerajaan dan MS.Office untuk diaplikasikan dalam kerja-kerja yg diberikan seperti pengemaskinian maklumat pelajar. Kelas ini dilihat mampu untuk mendidik peserta agar lebih “celik IT” supaya mampu bersaing dengan masyarakat bandar yang lebih terdedah dengan penggunaan ICT namun digunakan secara prihatin dan lebih efisian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: